08 Ogos 2011

selamat ulang tahun ~

selamat ulang tahun kepada diri sendiri . haha . lucu kot sbb wish dikpun . xpaa . mgkn org tga aku senyum jak rietok . x seperti yg org sangkaa . tahun tok ng x sama seperti tahun sebelum sebelum sebelum . ntahh . xda yg istimewaa dn sungguh membosan kn . org slalunya hepi tyme buvday , aku ? demamm . mgkn sejak menjak tok byk kali mslh2 yg aku x duga .. aku ng dh bersedia mghadapi semua tokk . terima kasih ouhh sbb memfitnah akuu dgn perkataan yg paling bermakna xkan aku lupakk . benda yg aku polah okeyy aku ng ngakuk , tp aku xpat terimak benda yg aku x polahh . tambah gik bila ia melibatkan nyawaa . x sekempang ya akuu . aku ng jaek sbb menyakiti hti org tp aku x akn smpey polah seperti apa yg ditudah oleh org yaaa . mls aku pikir . hrtok aku dh semakin berusiaa . dh xda hati gik nak pikir benda lainn . dh takut tuk aku mencuba menjaga hati org krn aku takut mengecewakan org agik .. xda org yg tauk knk aku jd daktokk . yg org tau aku jaek aku perampas aku menyakiti hati aku ya aku tok dn paling aku sedih bila org anok aku ompuan fuck .. anok jak aku mena2 sbb aku x kan membalas semua apa yg taq org anokk . ompuan fuck ?? perkataan kedua yg aku xkan lupak . saa nak bunuh dirik jak rasa aku . sak semua org senang hati especially org yaa ! nya akan suka tga aku bila aku matii . org ya pdh nya dh berempuun . soo jga mena2 hati org ya k . tp tolong pahami hti seorg ompuan krn pasti nya ada bende yg diinginkann . jgn sekadar tau keingin sedirik . cuba tyak apa yg nya maok ,semualaa . sbb ompuan xmudah nya nak mdh apa yg nya mokk . aku x kan pernah mendoakan hubungan ko jahanam cm keadaan kita lokk . ng aku x sembahyang , x alim x apa semua . tp aku sentiasa mengharapkan yg terbaik tuk semua kwn2 aku termasuk ko . dh xda apa yg bermakna dlm dirik akuu . menunggu saat2 detik terakhir . ermm , plezz eboh sdh nanii . ! tolong jgn ngs gik naniii ! ya allahh , aku arap semua perasaan tok pergi bersama nyawa aku skalii . amin .

25 Julai 2011

CERITERA 1001 MAKNA :)

Seorang lelaki berjumpa dengan seorang Guru. Katanya:"Guru, saya sudah bosan hidup. Benar-benar bosan. Rumah tangga saya porak peranda. Usaha saya kacau. Apapun yang saya lakukan selalu gagal. Saya ingin mati". Sang Guru tersenyum: "Oh, kamu sakit""Tidak Guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya bosan dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati". Seolah-olah tidak mendengar kata-kata lelaki tersebut, Sang Guru berkata, "Kamu sakit. Penyakitmu itu bernama 'Alahan Hidup'. Ya, kamu alahan terhadap kehidupan".

Banyak sekali di antara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma kehidupan. Hidup ini berjalan terus. Sungai Kehidupan ini mengalir terus tetapi kita menginginkan keadaan status-quo. Kita tidak melakukan apa-apa, kita tidak ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit.
Penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Usaha pasti ada pasang-surutnya. Dalam berumah-tangga, pertengkaran kecil itu memang wajar. Persahabatan pun tidak selalu mesra. Apakah yang abadi dalam hidup ini? Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.
"Penyakitmu itu boleh disembuhkan, asal kamu benar-benar bertekad ingin sembuh dan bersedia mengikuti petunjukku", kata Sang Guru. "Tidak Guru, tidak. Saya sudah betul-betul bosan. Tidak, saya tidak ingin hidup lebih lama lagi", lelaki itu menolak tawaran sang Guru. "Jadi kamu tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati ?", tanya Sang Guru. "Ya, memang saya sudah bosan hidup", jawab lelaki itu lagi. "Baiklah. Kalau begitu besok petang kamu akan mati. Ambillah botol ubat ini. Malam nanti, minumlah separuh isi botol ini. Sedangkan separuh sisanya kau minum besok petang jam enam. Maka esok jam lapan malam kau akan mati dengan tenang".
Kini, giliran lelaki itu menjadi bingung. Sebelumnya, semua Guru yang dia temui selalu berupaya untuk memberikan semangat hidup. Namun, Guru yang satu ini aneh. Bukan memberi semangat hidup, malah menawarkan racun. Tetapi, kerana dia memang sudah betul-betul bosan, dia menerimanya dengan senang hati. Setibanya di rumah, dia terus meminum setengah botol racun yang disebut 'ubat'oleh Sang Guru itu tadi.
Lalu, dia merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Begitu rileks, begitu santai! Tinggal satu malam dan satu hari dia akan mati. Dia akan terbebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di restoran Jepun. Sesuatu yang tidak pernah dia lakukan selama beberapa tahun terakhir. Ini adalah malam terakhirnya. Dia ingin meninggalkan kenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya amat harmonis. Sebelum tidur, dia mencium isterinya dan berbisik, "Sayang, aku mencintaimu". Sekali lagi, kerana malam itu adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis.
Esoknya, bangun dari tidur, dia membuka tingkap bilik dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia tergoda untuk melakukan jalan pagi. Setengah jam kemudian dia kembali ke rumah, dilihat isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkannya, dia masuk dapur dan membuat dua cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis! Sang isteri merasa aneh sekali dan berkata : "Sayang, apa yang terjadi hari ini? Selama ini, mungkin aku salah. Maafkan aku sayang".
Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Pekerjanya pun bingung, "Hari ini, Boss kita nampak aneh ya?" Dan sikap mereka terhadap dia pun turut berubah. Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis! Tiba-tiba, segala sesuatu di sekelilingnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih toleran, bahkan menghargai terhadap pendapat-pendapat yang berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mulai menikmatinya.
Pulang ke rumah jam 5 petang, dia melihat isteri tercinta menunggunya di depan rumah. Kali ini isterinya memberikan ciuman kepadanya sambil berkata, "Sayang, sekali lagi aku minta maaf, kalau selama ini aku selalu menyusahkan kamu". Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, "Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu tertekan kerana tingkah laku kami". Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali.Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia melupakan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol 'ubat' yang sudah diminumnya petang semalam? Dia terus pergi menemui Sang Guru. Melihat wajah lelaki itu, Sang Guru terus mengetahui apa yang telah terjadi dan berkata,
"Buang saja botol itu. Isinya air biasa. Kamu sudah sembuh! Apabila kamu hidup pada ketika ini (live the moment), apabila kamu hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemput kamu pada bila-bila masa saja, maka kamu akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Berlembutkan dengan hidupmu, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kamu tidak akan bosan. Kamu akan mula merasai hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan. Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Sang Guru, lalu terus pulang ke rumah untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Semenjak hari itu, dia tidak pernah lupa untukhidup pada ketika ini (live the moment). Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP.

ADAKAH KITA BERTEMU DENGAN ORG YG SALAH ??

Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

bila lelaki hilang tulang rusuknya

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? 

AKU SUDAH BERTUNANG

"Aku Sudah Bertunang"


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

07 Julai 2011

kepercayaan :(

kepercayaan sgt penting dalam kehidupan apatah lg sesuatu perhubungan ..aku sgt2 memerlukan kepercayaanmu ituu . mmg aku akui bhw aku pernah melakukan 1 kesilapan besar sehinggakan kamu tdk pernah mempercayai aku lgg . maafkan aku . aku juga tahu dgn hya meminta maaf belum tentu kepercayaan kamu kembali kepadaku .. tahukah kamu bhw semakin kamu menghukum ku begini semakin sakit yg aku rasa kann .. sejak dr kesilapan itu , aku sentiasa jujur dgn berusaha utk dapatkan kembali kepercayaanmu itu .. tapi kamu x berubah .. apa yg aku ckp apa yg aku katakan semuanya ragu bgmu .. tahukah kamu kdg2 aku merasakan sgt2 takut tuk meluahkan apa yg aku rasa .. kerna kau takut semuanya bohong bg kamu .. kamuu ,tolong percaya padaku . dan tolong percaya bahwa aku cinta padamu ! tiada pa yg ku minta drmu selain ituu . wang ringgit , harta benda aku x mahu .. yg aku mahukan kasih sygmu ,setiamu dan KEPERCAYAANMU padakuu . bagilah aku peluang itu agar aku dapat membuktikan padamu bhw aku benar2 inginkan kepercayaan drmu :(

sejarah cinta kita !

mungkin disini permulaan yg akan aku mulakan .. bukan niatku utk mengingati kisah silam aku .. cuma aku ingin mencoretkan apa yg aku rasa ~~

pada suatu ketika disaat aku melangkah zaman tingkatan4 .. semuanya bermula disini . langkah pertama kakimu menjejak kelasku sbagai student baru tidak sedikitpun hatiku terdetik utk mengenalimu .. yg aku tahu namamu .. itu pun perkara biasa kan sbgai stdnt baru kene promote diri . hahah . ermm ,selang beberapa minggu berlaku rombakan kelas yg terpaksa memisahkan aku dan kamu .. saat nie aku pun belum bersahabat dgnmu walaupun sudah beberapa minggu aku sekelas dgnmu .. hari demi hari masa berlalu , satu saat kamu menegurku . ya aku jwb soklan kamu itu .. sehak dr itu aku sudah mengenali siapa kamu sbnrnyaa .. dn sejak saat itu kamu sering meluahkan rasa hati kamu yg disaat itu kamu hangat bercinta dgn kekasihmu .. aku sebagai shbt hya skadar menjadi pendengar yg setiaa .. ouhhhh ! sungguh kejam hati ini kann ? tanpa ku duga aku jatuh cinta padamu begitu juga dgn kamu setelah kamu menceraikan kekasihmu .. bermulalah kisah kau dihatikuu .. tiada siapa yg duga bhw saat itu aku milikmuu . kemana kita pergi pasti kite berdua .. mmg aku gembira saat itu kerna aku hya mencintai kamuu .. hbs sudaa zaman persekolahan .. sehabis mana pun zaman persekolahan itu ,kita ttp bersama dgn memilih jalan masuk kolej yg sama .. cerita yg panjang dn dipendekkan , tak selamanya percintaan aku dh kamu bahagia .. byk onak dan duri yg aku alamii .. janji yg kamu cipta kan kamu hancurkan .. oleh itu aku juga melakukan perkara yg sama .. maafkan aku kerna kau rasa kan tidak adil jika hya kamu melakukan kesilapann .. kesilapan2 itu membuat percintaan kita yg selama 3 tahun ini berakhir begitu saja .. yaaa ! cinta x seharusnya memiliki .. putus bagaimanapun aku dan kamu ,kita tt;p shbt .. smkn lama antara kita smkn berubah . aku dgn haluan hidup aku ,dan kamu dgn jalan hidup kamuu .. mgkn msh terdapat sisa rasa syg kamu terhadap akuu .. kamu memutuskan persahabatan inii .. huhh ! sungguh keasalkan kamu mengenali akuu . knp dulu kamu memulakan percintaan kita ? dn kenapa kamu juga yg memutuskan percintaan kita ? jika pada awlnya kamu memulakan persahabatan kita ,kini sekali lg kamu memutuskan persahabatn kitaaa ! aku redha krn aku bkn seperfect shbt yg kamu mahukan .. maafkan aku krn aku x mampu tuk bergurau senda yg melampau kepadamu .. segala apa yg pernah terjadi antara kita aku sudaa x mampu tuk melakukannya sekali lgg .. kamuu , biarkan aku begini .. ingat apa yg pernah kamu lafazkann .. maafkan aku krn antara kita tiada lg apa2 pertalian walaupun hya kwn .. tiada makna kwn ,cinta dn apa2 saja  diantara kita .. aku doakan kamu bahagia bersama insan yg kamu syg .. siapa saja pilihan hatimu aku terima segalanya dgn senyuman walaupun hatiku pernah kamu lukai .. luka dihati tetap luka walau sebanyak manapun kamu memohon kemaafan dariku .. maafkan aku !